Notes


kadar nadi

kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza. bayi mempunyai kadar nadi yang tinggi manakala seorang atlet yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi mempunyai kadar nadi yang rendah.

secara umumnya, kita boleh mengambil bacaan denyutan nadi di arteri radial iaitu di pergelangan tangan. satu lagi tempat yang paling sesuai untuk diambil bacaan nadi ialah di arteri karotid iaitu di bahagian leher. rasalah nadi anda menggunakan dua jari (jari telunjuk dan jari hantu).
salah satu cara menentukan kadar nadi latihan untuk aktiviti daya tahan kardiovaskular adalah dengan menggunakan formula karvonen.

formula karvonen
KNL = KNR+% intensiti latihan [KNM-KNR]
KNL (kadar nadi latihan)
KNR (kadar nadi rehat)
% intensiti latihan (60% hingga 75%)
KNM (kadar nadi maksimim)
(KNM= 220-umur)

contoh pengiraan
kirakan KNL seorang pelajar berumur 15 tahun dengan KNR 70 denyutan seminit dan intensiti latihan 60%.

=70+60/100 [(220-15)-70]
=70+3/5 [205-70]
=70+3/5 [135]
=70+81
= 151 denyutan seminit untuk intensiti latihan 60%.

jika denyutan nadi kurang semasa latihan, ini bermaksud pelajar tadi tidak mencapai intensiti latihan yang dikehendaki dan begitu jugalah sebaliknya.